Wednesday, June 24, 2009

Dakwah di dalam Jihad Perang

( Tentang Ucapan Hj.Abdul Wahab Sahb pada Tajuk :Pemimpin Jamaat Tabligh Mencela Syariat Yang Ditegakkan Melalui Jihad )


Hadis Pertama :

Dari Abi al-Bakhtari ( menceritakan ) bahawasanya satu pasukan tentera daripada tentera-tentera kaum muslimin yang mana ketua mereka ialah Salman Al-Farisi r.a telah mengepong satu istana daripada istana-istana Parsi, lalu berkata ( anggota pasukan tersebut ) :"Wahai Abu Abdillah ! Kenapa kita tidak bangkit menyerang mereka?" Jawab ( Salman ) : "Biarkan aku mendakwahkan mereka sebagaimana aku telah mendengar Rasulullah saw mendakwah ( satu kaum semasa berlaku satu peperangan )"

Maka Salman r.a pun mendatangi mereka dan berkata kepada mereka:"Sesungguhnya aku ini seorang lelaki Parsi sama seperti kamu, dan kamu boleh melihat bagaimana orang-orang Arab mentaati aku, jika kamu memeluk agama Islam maka bagi kamu sepertimana apa yang sepatutnya bagi kamu, dan tututannya ke atas kamu sama seperti tututan yang dikenakan ke atas kami. Sebaliknya jika kamu enggan ( memeluk agama Islam )dan berkeras atas agama kamu, maka kami biarkan kamu atas agama kamu dan kamu hendaklah membayar "Jizyah"( Cukai kepala ) kepada kami dan kamu di dalam keadaan hina. " Kata periwayat, dia berbicara kepada mereka di dalam bahasa Parsi:"...dan kamu tidaklah di dalam keadaan terpuji, dan jika kamu enggan juga kami akan perangi kamu habis-habisan."

Jawab mereka,"Kami sekali-kali tidak akan membayar "Jizyah" malah kami akan memerangi kamu.". Berkata salah seorang anggota kaum Muslimin," Wahai Abu Abdillah, mengapa kita tidak bangkit sahaja memerangi mereka?" Kata Salman r.a,"Tidak".Sehinggalah beliau mendakwahkam mereka selama tiga hari dengan perkara yang sama seperti hari sebelumnya, akhirnya beliau memerintahkan:"Seranglah mereka sekarang". Kata periwayat,"Lalu kami pun memerangi mereka dan kami berjaya menawan istana tersebut." ( Hadis riwayat At-Tarmizi dan hadis ini bertaraf hasan )
(Bahrul Maazi Jld 11)

Hadis Kedua :

Dari Sahal bin Saad r.a meriwyatkan bahawa Rasulullah saw bersabda kepada Ali r.a pada hari perang Khaibar,"Hai Ali berjalanlah engkau sampai ke perkampongan mereka, kemudian dakwahlah mereka kepada agama Islam dan terangkan kepada mereka mengenai kewajipan-kewajipan mereka kepada hak-hak Allah. Demi Allah! Sekiranya Allah memberi hidayat kepadn seseorang di antara mereka melalui kamu maka itu lebih baik bagi kamu daripada mendapat unta merah".( Hadis riwayat Muslim : 6223 )
( Muntakhab Ahadis )

Hadis Ketiga :

Dari Abdur Rahman bin A'iz r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw apabila mengutuskan sesuatu pasukan, maka beliau akan bersabda: " Jalinlah hubungan baik dengan manusia, berkasih sayanglah dengan mereka dan jangan lah kamu memerangi mereka sehingga kamu mendakwahkan mereka. maka tidaklah ada di muka bumi daripa ahli rumah di kampong atau di bandar kecuali mereka semua kamu bawa kepadaku dalam keadaan Islam kerana yang demikian itu tersangat aku sukai daripada kamu membunah lelaki-lelaki mereka dan kamu datang membawa wanita-wanita mereka." ( Al-Mutalabul A'liyah :166, Al-Isyobah III/152 )

Targhib Dari Hadis Di Atas :

Daripada ketiga hadis di atas, amat-amat jelas bahawa amalan dakwah adalah amalan tertinggi melebihi daripa jihad perang. Ini adalah kerana di dalam jihad perang sendiri kita berkewajipan untuk mendakwahkan musoh terlebih dahulu sebelum memerangi mereka. Bayangkan bagaimana pula di dalam keadaan aman, maka tersangat-sangat penting dakwah dilaksanakan dikalangan masyarakat umum. Berlebih lagi apabila syarat kepada jihad perang memerlukan kepada 3 perkara:
a ) Imam ( Khalifah )
b ) Pengasingan Saf-Saf ( Saf Muslimin dan Saf Kafir )
c ) Tarbiah

Jihad perang tertakluk kepada kewujudan Imam (Khalifah).Maka demikian pula Imam (Khalifah) tidak akan ujud melainkan dengan Iman dan Amal soleh. Iman dan Amal Soleh tidak akan ujud melainkan dengan Tarbiah. Tarbiah tidak akan terhasil melainkan dengan Dakwah. Ini bersabit dari firman Allah swt :

"Dan Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman di antara kamu dan yang beramal soleh bahawa mereka akan diberikan 'Kekhalifahan' di muka bumi sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang sebelum mereka dan akan diteguhkan kedudukan agama mereka yang telah diredhai untuk mereka. Dan akan ditukarkan kepada mereka setelah ketakutan itu kepada aman sentosa. Mereka menyembah aku dan tidak mempersekutukan barang sesuatu dengan aku." ( An Nur : 55 )

Wallahu'alam

(Dipetik dari blog http://hambalialorstari.blogspot.com)

IJTIMAK MALAYSIA 2009

# Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
# Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
# Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
# Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.

Untuk Pengetahuan semua, ijtimak ini merupakan ijtimak yang akan di buat untuk kali kedua kat Malaysia. Ijtimak Malaysia buat julung kali telah dibuat di Terengganu pada tahun 1982. Jadi, lebih kurang 27 tahun ijtimak tidak dibuat di Malaysia. Personally, ana rasa memang rugi jika kita tak luangkan masa dan waktu yang ada dengan berkunjung ke sana,

Sedikit sejarah tentang tabligh:

Jemaah Tabligh ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya kepada Islam terjadi ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926.[3]Maulana Ilyas mencipta slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh bukan merupakan sebuah kelompok atau ikatan, tetapi adalah gerakan muslim untuk menjadi muslim yang menjalankan agamanya, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya.

Dalam waktu lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, anak Maulana Ilyas sebagai amir (pemimpin) yang kedua, gerakan ini mula mengembangkan kegiatannya pada tahun 1946, dan dalam jangka masa 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Sekali terbentuk dalam suatu negara, Jemaah Tablgih mula membaur dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Tabligh ialah Amerika Syarikat, tetapi fokus utama mereka adalah di Britain, mengacu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.[2]

Jemaah ini menerangkan bahawa mereka tidak menerima sumbangan dana dari mana pihak pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh anggota Tabligh.

Pada tahun 1978, Liga Muslim Dunia membiayai pembangunan Masjid Tabligh di Dewsbury, United Kingdom, yang kemudian menjadi markas utama Jemaah Tabligh di Eropah. Pemimpin mereka disebut Amir, Zamidaar atau Zumindaar.