Sunday, August 9, 2009

FORUM : 'Monyetnya Cinta Kita'

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi keizinan dan kesempatan kepada kita untuk bernafas dengan udara yang dicipta olehNya. Pada hari sabtu yang lepas(8 Ogos 2009) saya telah menyertai satu forum wacana ilmu remaja yang bertempat di Inspen, Bangi. Para forumer terdiri daripada Ustaz Hasrizal (saifulislam.com), Ustaz Ahmad Zahiruddin (penasihat iLuvislam.com) dan Pak Firdaus Djamaris (ESQ 165). Forum ini telah dimoderatorkan oleh saudara Wann (Team Event iLi.com).

Antara isi2 kandungan yang sempat saya catitkan.

Dari Ustaz Hasrizal:

-Fitrah manusia apabila kasih sayang diberi oleh seseeorang membuatkan kita mudah mendikuti apa yang dia suruh.
-Cinta: satu alat membuatkan manusia memperhambakan diriNya.
-Sifat ikramul muslimin(mengutamakan orang lain)
Cth: kisah sahabat ansar yang sanggup menceraikan isteri mereka untuk sahabat muhajirin mereka.
-Cinta untuk apa?
Untuk mendapatkan perasaan(cinta) bagi mendekatkan diri pada Allah
-Cinta meruntuhkan tamadun Islam yakni tamadun Turki Uthmaniah.
-Teori Evolusi Cinta yang mana diterbalikkan daripada Teori Darwin yang menceritakan sifat manusia yang berubah menjadi seakan-akan beruk bila mereka terjerumus kepada cinta.
-Ada sesetengah orang menggunakan akal untuk menipu Allah swt iaitu dengan menggunakan cara lain untuk bercinta. Sebagai contoh: dia hanya adik angkat saya sahaja bukan buah hati saya.
-Cinta vs perhatian yang mana merungkap bahawa cinta bermula dari sebuah perhatian. Seseorang yang mana hanya menggunakan handset untuk menarik perhatian seorang perempuan sehingga dapat membuatkan perempuan itu lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya lari dari rumah.
-Kemanisan yang sebenar melalui cinta yang dihalalkan oleh Allah.

Dari Ustaz Zahir:

-Cinta satu fitrah
-Sasarkan bila masa sesuai untuk berkahwin dan bercita.
-Cinta dalam perspektif islam:
1) Cinta kepada Allah
2) Cinta kepada Rasulullah
3) Cinta kepada Ibu bapa
-Berdoa kepadaAllah supaya mendapat jodoh yang terbaik. Cthnya: aku nak bini, ya Allah.
-Dalam al- quran mentebut bahawa lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. So, kita mestilah jadi baik untuk dapa bini yang baik.

Pak Firdaus:

-Cinta terbahagi kepada 3:
1) Cinta Intelektual
2) Cinta Emosional
3) Cinta Spiritual
-Mengapa kita suka bercinta?
kerana manusia selalu mencari kebahagian.
-Kebahagian terbahagi kepada 3:
1) Physical Happiness( secara luaran, sbg contoh: kaya, cantik)
2) Emotional Happiness(gila pujian dan ingin kemasyuran)
3) Spiritual Hapiness( dalaman kita)

We are needed Spiritual Happiness untuk membangun belief, value and meaning in our life.

Targhib daripada forum ini:
Saya dan kita semua hendaklah bercinta dengan Allah dajn rasul lebih dari segala-galaNya. Ini merupakan salah satu daripada tanda2 iman.Cinta menyebabkan seseorang itu ke syurga ataupun neraka. The choice is in your hand.

Sunday, August 2, 2009

Penerangan terhadap kitab Fadhail Amal

Soalan : Mengapa Kitab Fadhail Amal mengandungi hadis dhaif dan maudhu'?

Jawapan 1 : Penerangan dari Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahimahullah), Mufti Besar Darul Ulum Deoband dalam fatwa beliau pada 24/3/1395 AH:

"Kemungkinan besar tidak ada hadith yang disepakati oleh semua ulama' sebagai maudhu'. Bagaimana pun terdapat hadith yang dianggap dha'if atau lemah malah dilabel sebagai palsu oleh sebahagian ulama'. Pengarang kitab Fadha'il Amal yang mulia (Maulana Zakariyya rah.) sendiri telah menyentuh tentang perkara ini. Kitab 'Tadribur Rawi' menerangkan bahawa adalah dibolehkan menggunakan hadith dho'if berkaitan dengan fadhilat atau kelebihan-kelebihan amal. Jika sebaliknya, apa yang kamu akan perkatakan tentang Ibn Majah (rah.) apabila Ibn Jauzi (rah.) mengatakan bahawa kebanyakan daripada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau sebagai maudhu'? Ibn Majah adalah sebahagian dari silibus madrasah malah salah satu dari 6 kitab sahih. Ibn Majah (rah.) tidak menyebut pun hadith-hadith tersebut sebagai maudhu'. Malah kitab beliau digunakan tanpa sebarang bantahan.

Pengarang kitab Fadha'il Amal sangat berhati-hati. Beliau telah menerangkan tentang hadith-hadith yang sesetengah ulama' mengatakan sebagai maudhu'. Jika sekiranya semua ulama bersepakat bahawa hadith-hadith tersebut adalah maudhu', beliau sekali-kali tidak akan meriwayatkannya."

Daripada: Ustaz Hambali
(pengarang blog http://hambalialorstari.blogspot.com)

Targhib daripada cerita ini:

Kita selaku orang yang Allah kurniakan akal sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap ataupun mengeluarkan sebarang hukum. Hatta untuk mengeluarkan sebarang hukum, kita wajib merujuk Al-quran dan hadis rasulullah sebelum berijtihad meyatakan satu pandangan ataupun hukum sesuatu benda. Sebenarnya, untuk pengetahuan para pembaca sekalian, saya pernah mendengar cerita yang ada sesetengah ustaz yang memberi pendapat yang kitab ini mengandungi hadis-hadis maudhu'. Siapa kita nak menilai sebuah kitab yang dikarang oleh syeikhul hadis yang mempunyai ilmu agama(hadis) yang tinggi ? Siapa kita nak menilai kitab yang dikarang oleh seoarang ulama' yang jiwa dan masa beliau hanya untuk Allah?
Fikir-fikirkanlah!!!!!!!

Monday, July 13, 2009

IJTIMAK MALAYSIA DI DADA AKHBAR

NILAI – Lautan manusia. Begitulah suasana yang boleh digambarkan apabila kira-kira 100,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri Kuarters Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini sempena Ijtimak Dunia 2009 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Bilangan jemaah yang hadir dijangka meningkat kerana ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia juga akan hadir sepanjang tiga hari program tersebut.

Bagi tujuan itu, pihak penganjur telah membelanjakan RM2 juta untuk menyediakan 10 khemah besar yang setiap satu boleh menempatkan 10,000 hingga 11,000 jemaah.
Selain itu, sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan oleh 1,500 tukang masak yang juga dari kalangan ahli tabligh sendiri.
Sumber: Harian Kosmo



Solat Jumaat Terbesar Di Negeri Sembilan

NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.

Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.

Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.

Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.

''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.

''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.

Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.

Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya. Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.

Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.

Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya. Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.
Sumber: Utusan Malaysia


Najib kunjungi ijtimak tabligh
Berita Harian
12 Julai 2009 / 19 Rejab 1430

NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu.

Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta.

"Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya.

Najib Kemudian menghabiskan masa kira-kira 30 minit bermuzakarah bersama ahli syura jemaah tabligh. Antara mereka ialah Sheikh Mohamad Ali. Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan memasuki khemah khas untuk tetamu kehormat.

Jurucakap jemaah tabligh, Ridzuan Mohd Sagir, berkata mereka yang turut serta dalam muzakarah itu ialah tetamu luar negara seperti Prof Abd Rahman dari India.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut sama meluangkan masa kira-kira 45 minit menghadiri perhimpunan itu, semalam.

Sebaik tiba kira-kira jam 1.30 tengah hari, beliau mendengar taklimat mengenai majlis itu sebelum menyertai solat Zuhur berjemaah bersama peserta dari 40 negara termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India.

"Perdana Menteri bersama ahli syura tidak bercakap mengenai hal keduniaan, sebaliknya membincangkan perkara keimanan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT," katanya.

Seorang lagi anggota jemaah tabligh yang turut menghadiri pertemuan itu, Prof Hanim Tahir, berkata Perdana Menteri turut meminta jemaah tabligh ketika berdoa di majlis penutup hari ini, mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Terdahulu, pada tengah hari semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama jemaah dari 40 negara, termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin menyifatkan perhimpunan berkenaan yang terbesar di dunia dan bersyukur kerana dapat menghadirinya serta bertemu pemimpin jemaah yang membicarakan soal cinta kepada agama, semangat ukhuwah Islamiah, bersikap sederhana dan usaha menyatukan ummah.



Ijtimak perkukuhkan dakwah Islamiah - TPM
Mingguan Malaysia
12 Julai 2009 / 19 Rejab 1430

NILAI 11 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa selama 45 minit bersama lebih 200,000 jemaah sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Talbigh Sedunia yang berlangsung di sini sejak 8 Julai lalu.

Beliau yang tiba di lokasi berkenaan pada pukul 1.25 petang terlebih dahulu mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin tabligh selain diberi taklimat oleh Ahli Syura' Tabligh Malaysia, Sheikh Muhammad Sheikh Ali di khemah tetamu.

Muhyiddin kemudiannya bersama-sama pemimpin berkenaan dan ratusan ribu jemaah tabligh mengerjakan solat zuhur di pekarangan khemah yang disediakan sebelum bersalaman dengan mereka sebelum meninggalkan lokasi ijtimak berkenaan.

Ketika ditemui pemberita selepas itu Muhyiddin berkata, ia merupakan perhimpunan tabligh sedunia yang besar dan beliau hadir untuk melihat dan bersama-sama jemaah di sini.

''Saya sudah berjumpa dengan pemimpin mereka dan diberi penjelasan bahawa ijtimak ini dilangsungkan untuk membicarakan ilmu dan berkaitan agama.

''Ia juga bertujuan menzahirkan semangat perpaduan dan memperkukuhkan dakwah Islamiah. Mereka bersikap sederhana dalam banyak hal.

'Saya bersyukur dapat bersama-sama jemaah talbigh, sembahyang berjemaah dan paling penting mereka juga berusaha menyatupadukan ummah," katanya.

Tinjauan Mingguan Malaysia di lokasi ijtimak hari ini mendapati kehadiran jemaah terus meningkat dan kesemua khemah yang disediakan termasuklah untuk tujuan sembahyang dipenuhi ratusan ribu jemaah tabligh.

Sebahagian besar daripada mereka yang ditemui memberitahu, terpaksa menyewa hotel-hotel berdekatan kerana lokasi sedia ada tidak lagi mampu menampung kebanjiran ratusan ribu jemaah dari seluruh pelosok dunia.

*Semoga hidayat tersebar ke seluruh alam. insyaAllah

Wednesday, June 24, 2009

Dakwah di dalam Jihad Perang

( Tentang Ucapan Hj.Abdul Wahab Sahb pada Tajuk :Pemimpin Jamaat Tabligh Mencela Syariat Yang Ditegakkan Melalui Jihad )


Hadis Pertama :

Dari Abi al-Bakhtari ( menceritakan ) bahawasanya satu pasukan tentera daripada tentera-tentera kaum muslimin yang mana ketua mereka ialah Salman Al-Farisi r.a telah mengepong satu istana daripada istana-istana Parsi, lalu berkata ( anggota pasukan tersebut ) :"Wahai Abu Abdillah ! Kenapa kita tidak bangkit menyerang mereka?" Jawab ( Salman ) : "Biarkan aku mendakwahkan mereka sebagaimana aku telah mendengar Rasulullah saw mendakwah ( satu kaum semasa berlaku satu peperangan )"

Maka Salman r.a pun mendatangi mereka dan berkata kepada mereka:"Sesungguhnya aku ini seorang lelaki Parsi sama seperti kamu, dan kamu boleh melihat bagaimana orang-orang Arab mentaati aku, jika kamu memeluk agama Islam maka bagi kamu sepertimana apa yang sepatutnya bagi kamu, dan tututannya ke atas kamu sama seperti tututan yang dikenakan ke atas kami. Sebaliknya jika kamu enggan ( memeluk agama Islam )dan berkeras atas agama kamu, maka kami biarkan kamu atas agama kamu dan kamu hendaklah membayar "Jizyah"( Cukai kepala ) kepada kami dan kamu di dalam keadaan hina. " Kata periwayat, dia berbicara kepada mereka di dalam bahasa Parsi:"...dan kamu tidaklah di dalam keadaan terpuji, dan jika kamu enggan juga kami akan perangi kamu habis-habisan."

Jawab mereka,"Kami sekali-kali tidak akan membayar "Jizyah" malah kami akan memerangi kamu.". Berkata salah seorang anggota kaum Muslimin," Wahai Abu Abdillah, mengapa kita tidak bangkit sahaja memerangi mereka?" Kata Salman r.a,"Tidak".Sehinggalah beliau mendakwahkam mereka selama tiga hari dengan perkara yang sama seperti hari sebelumnya, akhirnya beliau memerintahkan:"Seranglah mereka sekarang". Kata periwayat,"Lalu kami pun memerangi mereka dan kami berjaya menawan istana tersebut." ( Hadis riwayat At-Tarmizi dan hadis ini bertaraf hasan )
(Bahrul Maazi Jld 11)

Hadis Kedua :

Dari Sahal bin Saad r.a meriwyatkan bahawa Rasulullah saw bersabda kepada Ali r.a pada hari perang Khaibar,"Hai Ali berjalanlah engkau sampai ke perkampongan mereka, kemudian dakwahlah mereka kepada agama Islam dan terangkan kepada mereka mengenai kewajipan-kewajipan mereka kepada hak-hak Allah. Demi Allah! Sekiranya Allah memberi hidayat kepadn seseorang di antara mereka melalui kamu maka itu lebih baik bagi kamu daripada mendapat unta merah".( Hadis riwayat Muslim : 6223 )
( Muntakhab Ahadis )

Hadis Ketiga :

Dari Abdur Rahman bin A'iz r.a meriwayatkan bahawa Nabi saw apabila mengutuskan sesuatu pasukan, maka beliau akan bersabda: " Jalinlah hubungan baik dengan manusia, berkasih sayanglah dengan mereka dan jangan lah kamu memerangi mereka sehingga kamu mendakwahkan mereka. maka tidaklah ada di muka bumi daripa ahli rumah di kampong atau di bandar kecuali mereka semua kamu bawa kepadaku dalam keadaan Islam kerana yang demikian itu tersangat aku sukai daripada kamu membunah lelaki-lelaki mereka dan kamu datang membawa wanita-wanita mereka." ( Al-Mutalabul A'liyah :166, Al-Isyobah III/152 )

Targhib Dari Hadis Di Atas :

Daripada ketiga hadis di atas, amat-amat jelas bahawa amalan dakwah adalah amalan tertinggi melebihi daripa jihad perang. Ini adalah kerana di dalam jihad perang sendiri kita berkewajipan untuk mendakwahkan musoh terlebih dahulu sebelum memerangi mereka. Bayangkan bagaimana pula di dalam keadaan aman, maka tersangat-sangat penting dakwah dilaksanakan dikalangan masyarakat umum. Berlebih lagi apabila syarat kepada jihad perang memerlukan kepada 3 perkara:
a ) Imam ( Khalifah )
b ) Pengasingan Saf-Saf ( Saf Muslimin dan Saf Kafir )
c ) Tarbiah

Jihad perang tertakluk kepada kewujudan Imam (Khalifah).Maka demikian pula Imam (Khalifah) tidak akan ujud melainkan dengan Iman dan Amal soleh. Iman dan Amal Soleh tidak akan ujud melainkan dengan Tarbiah. Tarbiah tidak akan terhasil melainkan dengan Dakwah. Ini bersabit dari firman Allah swt :

"Dan Allah menjanjikan kepada orang-orang beriman di antara kamu dan yang beramal soleh bahawa mereka akan diberikan 'Kekhalifahan' di muka bumi sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang sebelum mereka dan akan diteguhkan kedudukan agama mereka yang telah diredhai untuk mereka. Dan akan ditukarkan kepada mereka setelah ketakutan itu kepada aman sentosa. Mereka menyembah aku dan tidak mempersekutukan barang sesuatu dengan aku." ( An Nur : 55 )

Wallahu'alam

(Dipetik dari blog http://hambalialorstari.blogspot.com)

IJTIMAK MALAYSIA 2009

# Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
# Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
# Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
# Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.

Untuk Pengetahuan semua, ijtimak ini merupakan ijtimak yang akan di buat untuk kali kedua kat Malaysia. Ijtimak Malaysia buat julung kali telah dibuat di Terengganu pada tahun 1982. Jadi, lebih kurang 27 tahun ijtimak tidak dibuat di Malaysia. Personally, ana rasa memang rugi jika kita tak luangkan masa dan waktu yang ada dengan berkunjung ke sana,

Sedikit sejarah tentang tabligh:

Jemaah Tabligh ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India. Ilham untuk mengabdikan hidupnya kepada Islam terjadi ketika Maulana Ilyas mengerjakan ibadat Haji pada tahun 1926.[3]Maulana Ilyas mencipta slogan, ‘Aye Musalmano! Musalman bano’ (dalam bahasa Urdu), yang beerti 'Wahai umat muslim! Jadilah muslim yang kaffah (menunaikan semua rukun dan syari'ah seperti yang disuruh Rasulullah)'. Tabligh bukan merupakan sebuah kelompok atau ikatan, tetapi adalah gerakan muslim untuk menjadi muslim yang menjalankan agamanya, dan hanya satu-satunya gerakan Islam yang tidak memandang asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya.

Dalam waktu lebih kurang dua dekad, Jemaah Tabligh berjaya disebarkan di Asia Selatan. Dengan dipimpin oleh Maulana Yusuf, anak Maulana Ilyas sebagai amir (pemimpin) yang kedua, gerakan ini mula mengembangkan kegiatannya pada tahun 1946, dan dalam jangka masa 20 tahun, penyebarannya telah sampai ke Asia Barat Daya dan Asia Tenggara, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Sekali terbentuk dalam suatu negara, Jemaah Tablgih mula membaur dalam masyarakat tempatan. Meskipun negara barat pertama yang dipengaruhi Tabligh ialah Amerika Syarikat, tetapi fokus utama mereka adalah di Britain, mengacu kepada populasi padat orang Asia Selatan disana yang tiba pada tahun 1960-an dan 1970-an.[2]

Jemaah ini menerangkan bahawa mereka tidak menerima sumbangan dana dari mana pihak pun untuk menjalankan aktivitinya. Biayanya ditanggung sendiri oleh anggota Tabligh.

Pada tahun 1978, Liga Muslim Dunia membiayai pembangunan Masjid Tabligh di Dewsbury, United Kingdom, yang kemudian menjadi markas utama Jemaah Tabligh di Eropah. Pemimpin mereka disebut Amir, Zamidaar atau Zumindaar.