Sunday, August 2, 2009

Penerangan terhadap kitab Fadhail Amal

Soalan : Mengapa Kitab Fadhail Amal mengandungi hadis dhaif dan maudhu'?

Jawapan 1 : Penerangan dari Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahimahullah), Mufti Besar Darul Ulum Deoband dalam fatwa beliau pada 24/3/1395 AH:

"Kemungkinan besar tidak ada hadith yang disepakati oleh semua ulama' sebagai maudhu'. Bagaimana pun terdapat hadith yang dianggap dha'if atau lemah malah dilabel sebagai palsu oleh sebahagian ulama'. Pengarang kitab Fadha'il Amal yang mulia (Maulana Zakariyya rah.) sendiri telah menyentuh tentang perkara ini. Kitab 'Tadribur Rawi' menerangkan bahawa adalah dibolehkan menggunakan hadith dho'if berkaitan dengan fadhilat atau kelebihan-kelebihan amal. Jika sebaliknya, apa yang kamu akan perkatakan tentang Ibn Majah (rah.) apabila Ibn Jauzi (rah.) mengatakan bahawa kebanyakan daripada hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau sebagai maudhu'? Ibn Majah adalah sebahagian dari silibus madrasah malah salah satu dari 6 kitab sahih. Ibn Majah (rah.) tidak menyebut pun hadith-hadith tersebut sebagai maudhu'. Malah kitab beliau digunakan tanpa sebarang bantahan.

Pengarang kitab Fadha'il Amal sangat berhati-hati. Beliau telah menerangkan tentang hadith-hadith yang sesetengah ulama' mengatakan sebagai maudhu'. Jika sekiranya semua ulama bersepakat bahawa hadith-hadith tersebut adalah maudhu', beliau sekali-kali tidak akan meriwayatkannya."

Daripada: Ustaz Hambali
(pengarang blog http://hambalialorstari.blogspot.com)

Targhib daripada cerita ini:

Kita selaku orang yang Allah kurniakan akal sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap ataupun mengeluarkan sebarang hukum. Hatta untuk mengeluarkan sebarang hukum, kita wajib merujuk Al-quran dan hadis rasulullah sebelum berijtihad meyatakan satu pandangan ataupun hukum sesuatu benda. Sebenarnya, untuk pengetahuan para pembaca sekalian, saya pernah mendengar cerita yang ada sesetengah ustaz yang memberi pendapat yang kitab ini mengandungi hadis-hadis maudhu'. Siapa kita nak menilai sebuah kitab yang dikarang oleh syeikhul hadis yang mempunyai ilmu agama(hadis) yang tinggi ? Siapa kita nak menilai kitab yang dikarang oleh seoarang ulama' yang jiwa dan masa beliau hanya untuk Allah?
Fikir-fikirkanlah!!!!!!!

No comments:

Post a Comment